Friday, 23 September 2011

Salam kenal.


Niat menulis blog ini memang sudah lama terbit di hati. Kalau diikutkan corak gaya penulisan, CT lebih selesa menulis dalam mode penceritaan iaitu selaras dengan pengalaman hidup sendiri mahupun dicedok daripada orang lain. Paling utama, segala yang ada di dunia ini, bukanlah milik hakiki seseorang manusia itu. Segalanya dikongsi secara tidak langsung.

Asas utama blog ini, adalah keutamaan CT terhadap nilai kasih sayang dan kekayaan yang hakiki yang ianya adalah milik semua orang. Kekayaan ini sama ada lahir secara langsung ataupun mungkin muncul hasil penciptaan nilai dalam diri kita. Setiap orang itu idealnya memilik kasih sayang ini. Besar atau kecil, mendalam atau dangkal, segalanya bergantung kepada nilai yang dipegang dan corak pemikiran kita sendiri. Justeru, dengan adanya blog ini, CT bebas untuk bercerita dan berkongsi tentang erti sebenar kasih sayang itu. JOM! Jadi kaya dengan KASIH SAYANG.

No comments:

Post a Comment